Komik Sains Informatif: Kembara ke Dunia Haiwan Terancam
Mari mengembara ke dunia haiwan terancam yang mengasyikkan. Buku ini menerangkan lebih daripada 15 haiwan unik yang berhadapan dengan kepupusan dan kehilangan di dunia kita selama-lamanya. Antara topik menarik dalam buku ini adalah: - Penebangan hutan dan pemburuan haram menyebabkan okapi semakin pupus? - Benarkah populasi gajah Borneo dianggarkan kurang daripada 1500 ekor? - Kenapa anjing laut bulu utara berkurangan bilangannya? - Lumba-lumba baiji tinggal di perairan Yangtze sejak 25 tahun yang lalu dan pada tahun 1997 hanya 13 ekor sahaja yang dijumpai. - Berenang dengan ikan jerung paus terbesar di dunia yang boleh membesar sehingga 10 meter panjang. Siri Komik Sains Informatif mengandungi informasi dunia sains yang pelbagai dan menarik seperti bahan semula jadi, lebih banyak keajaiban alam semula jadi, lebih banyak tumbuhan dan kulat, dan penerokaan dan reka cipta.
Tajuk: Komik Sains Informatif: Kembara ke Dunia Haiwan Terancam
ISBN: 978-629-7564-06-7
Penerbit: PTS Publication & Distributors Sdn Bhd
Penulis: Karen Kwek
Tahun Terbitan: 2023
Muka Surat: 80
Halaman: Berwarna
Format: Softcover
Berat (kg): 0.170 kg
Dimensi (cm): 26 cm x 18.8 cm x 0.5cm
ISI KANDUNGAN
PELIK TETAPI BENAR
- Haiwan Berbaju Tidur Jalur
- Primat Paling Aneh
HIDUNG YANG MENARIK!
- Percikan di Hutan Belantara
- Telatah Pemakan Semut
PENGUNJUNG PANTAI
- Sembunyi dan Cari
- “Penculik” Telur
PENCINTA AIR
- Lumba-Lumba Sungai China
- Ikan Paus yang Sangat Besar
URUSAN KELUARGA
- Kerja Berkumpul Babun Mandrill
- Lagu dan Tarian
TAK MINAT BERSOSIAL
- Bola yang Susah Diretakkan
- Beruang Langka
LAKARAN PENDEK
- Burung Pufin Atlantik
- Ikan Gergaji
- Siamang
- Serigala Merah
- Momok Tasmania
- Quokka
- Monyet Labah-Labah
- Pari Manta
KUIZ
- Uji Pengetahuan Anda Tentang Haiwan Terancam